Informasi Permainan Video Terkini
Joker Dari Gotham Diperlihatkan – Agak Mengerikan Dan Mungkin Inspirasi Dari Earth-2

Joker Dari Gotham Diperlihatkan – Agak Mengerikan Dan Mungkin Inspirasi Dari Earth-2

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Ace Chemicals dan ‘kelahiran’ Joker telah pun diperlihatkan semalam dalam satu video acah buat episod ‘Ace Chemicals’ dalam siri TV Gotham musim kelima. Hari ini, imej sebenar Joker telah diperlihatkan.

Asal-usul Joker yang klasik yang kita ketahui adalah, Joker jatuh dalam tangki asid dan wajah beliau mula berparut dan berubah menjadi ‘Joker’. Siri Gotham ini mencadangkan asal-usul yang serupa. Tetapi, disebabkan Gotham berada dalam dunia yang tersendiri – banyak asal-usul dan jalan cerita asal yang telah diubah. Joker versi Jeremiah Valeska (lakonan Cameron Monaghan) ini dilihat sangat berparut dan hampir botak seakan orang tua.

Berkemungkinan besar, Joker Jeremiah Valeska ini diambil inspirasi daripada Joker Earth-2. Joker Earth-2 adalah Joker yang benar-benar tua, di mana Batman Bruce Wayne sudah mati dan Joker ini hanya fokus kepada Robin dan Hutress. Tetapi, Joker Jeremiah Valeska ini masih muda – cuma rekaan jokernya mirip dengan Joker Earth-2 ini.

Episod ‘Ace Chemical’ Gotham musim kelima ini akan disiarkan pada khamis ini. Bagi yang berminat boleh nantikan beberapa sahaja lagi.

Sumber: [1], [2]


TIPS & ULASAN