Informasi Permainan Video Terkini
DLC Final Fantasy XV Yang Dibatalkan Bakal Hadir Dalam Bentuk Novel

DLC Final Fantasy XV Yang Dibatalkan Bakal Hadir Dalam Bentuk Novel

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Square Enix sebelum ini mengumumkan yang Final Fantasy XV bakal menerima 4 lagi DLC pada tahun ini, akan tetapi pada bulan November tahun lepas, mereka mengumumkan DLC episod buat watak Lunafreya, Aranea dan Noctis akan dibatalkan.

Namun, bagi episod Ardyn, mereka masih lagi akan melancarkannya iaitu pada Mac 2019. Hari ini, Square Enix mengumumkan yang novel The Dawn of the Future akan dikeluarkan dan ia akan menyambung penceritaan selepas episod Ardyn.

Novel tersebut akan dipasarkan pada 25 April di Jepun, ia juga dirancang untuk dipasarkan secara global tetapi tiada tarikh pengeluaran yang diumumkan buat masa ini. Novel tersebut akan dipasarkan bersama di dalam satu berkas Celebration Box yang akan juga menyertakan Blu-Ray untuk animasi permainan tersebut dan juga buku seni. Ia dipasarkan dengan harga 4860 yen (~RM180).


TIPS & ULASAN