Informasi Permainan Video Terkini
Pembangun Permua Monument Valley Sedang Membangunkan Dua Permua Baru

Pembangun Permua Monument Valley Sedang Membangunkan Dua Permua Baru

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

ustwo adalah pembangun buat permua teka-teki ilusi terkenal, siri Monument Valley. Permua ini agak hebat dan mengambil perhatian ramai, sehinggakan keuntungan buat Monument Valley 1 dan 2 mencapai RM100 Juta.

Terkini, melalui rancangan bersiri Levels – ustwo akan hadir dengan dua permua baru tidak lama lagi. Levels adalah siri khas mengenai permainan Indie daripada Red Bull. Dua permua baru ini dikatakan berkait dengan siri Monument Valley.

Permua-permua ini dikatakan adalah lain daripada yang lain. Permua baru pertama adalah lebih fokus kepada naratif dan juga hubungan sesama manusia. Manakala, permua kedua adalah inspirasi dari kehidupan sebenar untuk menghubungkan pemain dengan pemain dan memberi pengalaman seakan dunia nyata.

Gambar-gambar yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah konsep awal. Ia mungkin tidak akan hadir dalam kedua-dua permua baru ustwo akan datang. Konsep yang dijelaskan kedengaran seperti menarik, mungkin kita akan ketahui lebih lanjut daripada ustwo dalam masa akan datang.


TIPS & ULASAN