Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Mobile v0.11.0 Kini Boleh Dimuat Turun, Hadir Dengan Mod Zombi Resident Evil 2

PUBG Mobile v0.11.0 Kini Boleh Dimuat Turun, Hadir Dengan Mod Zombi Resident Evil 2

Diterbitkan pada Feb 18, 2019 oleh .

Tahun lepas, PUBG Mobile telah mengumumkan kerjasama dengan Capcom – di mana permua ini akan hadir degan mod zombi dari Resident Evil 2. Akhirnya, mod zombi ini hadir dalam versi 0.11.0 dan sedia dimuat turun oleh semua.

Dalam versi PUBG Mobile ini, Tencent telah menambah mod ‘Survive Till Dawn’. Ia adalah mod masa terhad yang membenarkan pemain bertempur dengan zombi-zombi dan ketua dari Resident Evil 2. Dalam kemaskini ini juga, peta Vikendi telah menerima mod Moonlight iaitu cuaca untuk waktu malam. Selain itu, menu utama dan lagu tema aoabila PUBG Mobile dimulakan juga adalah daripada Resident Evil 2.

Untuk yang tidak berminat dengan mod zombi ini kerana penakut, anda kini boleh bermain mod arked di peta Sanhok. Lain-lain kemaskini adalah dari segi grafik dan visual serta beberapa pepijat telah diperbaiki.

Mod Resident Evil 2 ini hadir secara berperingkat, anda boleh lihat di Google Play Store atau Apple App Store untuk kemaskini versi 0.11.0 untuk main mod zombi ini.


TIPS & ULASAN