Skip to main content

Rainbow Six: Siege adalah permainan video pandang pertama berkumpulan dari Ubisoft. Ia sudah pun mencapai sehingga 35 juta pemain. Terkini, kemaskini permainan ini untuk tahun ke empat telah dikongsikan.

Antara perubahan yang bakal berlaku adalah perubahan terhadap peta. Kafe Dostoyevsky, Kanal dan Theme Park adalah tiga peta yang akan diubah semula. Kebiasaannya, perubahan peta ini adalah daripada susun atur bangunan, grafik dan juga halangan-halangan. Turut akan ditambah dalam permainan ini adalah pasukan-pasukan (Operator) dari negara Australia, Denmark, Peru, Mexico, Kenya, India dan US Secret Service.

Menarik sekali, sistem menembak rakan yang baru turut akan diperkenalkan. Jika pemain menembak rakan sehingga mati, nyawa pemain tersebut akan berkurangan. Tetapi ini hanya akan diaktifkan selepas satu rakan dibunuh. Kemudian, menu-menu dalam permainan turut akan diubah, mengubah semula beberapa Operator, senarai pemain dan juga kandungan lain.

Perubahan ini pasti akan membuat peminat-peminat Rainbow Six: Siege pasti akan berasa gembira dan tidak sabar akan kehadiran kemaskini baru ini. Kemaksini akan hadir tidak lama lagi.

Leave a Reply