Selepas menerima Tira Dan 2B sebelum ini, Amy diumumkan sebagai watak ketiga yang akan tiba sebagai DLC untuk Soul Calibur VI. Amy pertama kali diperkenalkan semasa Soul Calibur II sebagai anak angkat kepada Raphael, sebelum menyertai sebagai watak tambahan semasa Soul Calibur III sebelum menyertai secara rasmi untuk siri seterusnya.
Amy akan bertempur menggunkana pedang beliau iaitu Albion dengan gaya seperti Raphel yang diubah. Seperti DLC sebelum ini, beliau boleh didapati secara berasingan dengan harga RM25 ataupun dengan mendapatkan pas semusim bernilai RM119 yang akan menyertakan 5 DLC.
Buat masa ini tiada tarikh pengeluaran yang diumumkan akan tetapi berdasarkan trailer, ia akan tiba tidak lama lagi.
[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Soul Calibur VI – Permainan Perlawanan Terbaik Untuk Pemain Baru Dan Lama[/info]