Informasi Permainan Video Terkini
16,000 Pemain Apex Legend Diharamkan Kerana Menggunakan Mod Penipuan
PC

16,000 Pemain Apex Legend Diharamkan Kerana Menggunakan Mod Penipuan

Diterbitkan pada Feb 18, 2019 oleh .

Seperti Fortnite, Apex Legend adalah permainan pertempuran royal yang percuma untuk dimainkan. Ia mendapat sambutan yang agak baik sejak dilancarkan, iaitu 10 juta pemain dalam masa tig hari sahaja. Kemudian, bermula bulan Mac ini – Battle Pass akan mula ditawarkan buat pemain-pemain Apex Legend.

Sama seperti mana-mana permainan lain, pasti akan ada pemain yang ingin bermain permainan ini dengan jayanya dengan menipu. Pemain yang menipu ini menggunakan mod-mod khas. Sebanyak 16,000 pemain telah diharamkan untuk bermain kerana didapati menipu dalam permainan pertempuran royal ini. Untuk melaporkan pemain yang disyaki menipu, ia perlu dilaporkan melalui laman web rasmi mereka dan tidak boleh dilaporkan dari dalam permainan.

Laporan ini diterima daripada Respawn iaitu pembangun Apex Legend melalui Reddit. Bermula esok, akan terdapat laporan kemaskini melalui Reddit dan kemaskini tampalan kedua buat permainan ini akan hadir sekitar minggu ini.


TIPS & ULASAN