Pada akhir tahun lepas kami melaporkan yang Alfonso Ribeiro iaitu pelakon yang memegang watak Carlton di dalam The Fresh Prince of Bel-Air menyaman Epic Games kerana Fortnite menyertakan emote yang seakan tarian beliau di dalam TV siri tersebut.
Mungkin untuk menguatkan kan lagi kes tersebut, beliau juga cuba mendaftarkan tarian tersebut sebagai satu hak cipta. Namun, tampaknya kes saman tersebut akan selesai dan berpihak kepada Epic Games apabila Agensi Hak Cipta Amerika Syarikat menyatakan tarian yang dilakukan oleh beliau terlalu ringkas untuk dijadikan sebagai satu hak cipta.
Tanpa hak cipta, agak sukar untuk beliau menyaman Epic Games namun mungkin beliau sebaliknya bekerjasama dengan Epic Games? Berdasarkan kenyataan oleh agensi tersebut, mereka tidak menyatakan tarian tidak boleh dijadikan sebagai satu hak cipta, namun ia mestilah mempunyai pergerakan yang kompleks.