Informasi Permainan Video Terkini
Hasbro Mengumumkan Koleksi Figura Berdasarkan Overwatch

Hasbro Mengumumkan Koleksi Figura Berdasarkan Overwatch

Diterbitkan pada Feb 18, 2019 oleh .

Dengan kehangatan bermulanya musim kedua untuk Overwatch League, Hasbro mengambil peluang untuk mengumumkan koleksi figura berdasarkan permainan tersebut.

Sebelum ini mereka memperlihatkan figura untuk watak Mercy, kini pelbagai lagi watak diumumkan. Watak-watak yang diperlihatkan adalah Reaper (Blackwatch Reyes), Lucio, Ana, Soldier 76, Mercy, Pharah dan Reinhardt.

Game Informer melaporkan yang figura tersebut dijual dengan harga $22.99(~RM94) dan $49.99(~RM203) untuk pek berdua. Namun untuk Reinhardt yang saiz lebih besar berbading figura lain, dijual dengan harga $49.99(~RM203).

Berdasarkan model yang diperlihatkan di dalam video, kami tidak mengemari rekaan muka yang disertakan. Mungkin ia berpatutan dengan harga yang di tawarkan.



TIPS & ULASAN