Skip to main content

Pada April tahun lepas, Razer melancarkan kedai permainan digital mereka sendiri iaitu Razer Game Store. Hari ini, berdasarkan satu pengumuman melalui laman tersebut sendiri (dikongsikan oleh Hasnul Hadi), Razer mengumumkan kedai permainan digital tersebut akan dihentikan operasi bermula 1 Mac 2019.

Menurut Razer, pemain tidak akan mengalami sebarang masalah untuk mendapatkan permainan yang sudah dibeli kerana mereka hanya menjual kod yang perlu di tebus di Steam ataupun klien-klien yang berkaitan. Manakala untuk pemain yang membeli Razer Gold untuk membeli permainan, mereka perlu menggunakannya sekarang ataupun menggunakannya untuk kegunaan yang lain.

Untuk pengguna di Malaysia, Razer juga melancarkan Razer Game Store melalui Lazada, buat masa ini tiada pengesahan jika kedai tersebut akan turut ditutup. Namun, berdasarkan kenyataan Razer yang mengatakan mereka akan terus menawarkan permainan melalui servis yang lain, boleh dikatakan kedai di Lazada akan terus beroperasi. Kami akan kemaskini apabila mendapat pengesahan daripada Razer.

Di dalam persaingan sengit kedai permainan digital ini, tampaknya Razer mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan usaha mereka, kemungkinan kerana hadirnya Epic Games Store yang tampaknya lebih aktif terutama mendapatkan permainan secara eksklusif.

Leave a Reply