Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Menghasilkan Replika Motosikal Dante Dari Devil May Cry 5

Capcom Menghasilkan Replika Motosikal Dante Dari Devil May Cry 5

Diterbitkan pada Feb 17, 2019 oleh .

Capcom minggu ini memperlihatkan motosikal rekaan khas hasil kerjasama antara Triumph Motorcycles yang mana ianya merupakan replika motosikal Dante daripada permainan Devil May Cry 5.

Motosikal tersebut merupakan Bonneville Bobber dengan 1,200cc. Melaluinya, Capcom tampaknya meletakkan pelbagai rekaan khas dengan bentuk dan warna berdasarkan senjata api Dante, Ebony dan Ivory bersama-sama dengan rekaan berwarna merah dan pedang Rebellion.

Sememangnya motosikal ini adalah hasil rekaan replika berdasarkan motosikal Dante berdasarkan permainan Devil May Cry 5, namun ianya tidak boleh dibahagikan kepada dua dan ditukarkan menjadi senjata seperti mana yang boleh dilakukan melalui permainan tersebut.

Walaupun begitu, bagi anda yang tinggal di Jepun, anda mungkin berpeluang untuk memiliki motosikal tersebut dimana Capcom akan memberinya secara percuma buat mereka yang ‘Retweet’ kuciran Twitter di atas. Akan tetapi peraduan ini hanyalah terhad buat penduduk Jepun sahaja.

Devil May Cry 5 akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Mac 2019 ini.


TIPS & ULASAN