Informasi Permainan Video Terkini
Playstation 3 Menerima Kemaskini Sistem Operasi 4.84

Playstation 3 Menerima Kemaskini Sistem Operasi 4.84

Diterbitkan pada Feb 17, 2019 oleh .

Bagi anda yang masih lagi mempunyai Playstation 3, Sony minggu ini mengeluarkan kemaskini baharu buat sistem operasi konsol tersebut dengan kemaskini 4.84.

Walaupun begitu, menurut Sony kemaskini tersebut adalah hanya kemaskini keseimbangan prestasi konsol sahaja dan tidaklah mempunyai sebarang kemaskini utama.Walaupun begitu ini menunjukkan bahawa Sony masih lagi akan menyokong Playstation 3 buat masa ini.

Dengan tibanya Mac ini dimana Playstation Plus tidak lagi akan menyertakan permainan percuma untuk Playstation 3, Sony juga mungkin sedang bersiap sedia untuk menghentikan sokongan konsol tersebut. Namun, dengan tibanya kemaskini terbaru ini, sekurang-kurang bagi anda yang masih bermain permainan di konsol tersebut, tidak perlu khuatir akan prestasinya walaupun di tahun 2019 ini.


TIPS & ULASAN