Hasbro hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa siri animasi baharu buat Transformers iaiatu Transformers War For Cybertron dimana ianya akan tiba di Netflix pada tahun 2020 ini.

Menurut laporan Comicbook, animasi tersebut adalah hasil kerjasama antara Rooster Teeth dan Polygon Pictures dimana mereka juga sebelum ini terlibat dengan siri animasi Godzilla di Netflix.

Tranformers War For Cybertron akan menyertakan animasi dan gaya baharu buat siri tersebut yang mana ianya akan memfokuskan dunia Cybertron yang tidak lagi dipertayangkan. Menariknya juga, ianya akan memfokuskan penceritaan asal Transformers sebelum mereka datang ke bumi.

Sememangnya tajuk Transformers War For Cybertron mempunyai tajuk yang sama dengan permainan yang dilancarkan 2010 lepas. Namun buat masa ini, ianya dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan permainan tersebut.

Sohor Kini