Peminat Menghasilkan Mod Kostum Dino Crisis Buat Resident Evil 2

Resident Evil 2 sememangnya satu permainan olahan terbaik yang dihasilkan oleh Capcom dan mendapat pelbagai pujian ramai termasuklah dari kami.

Menariknya dengan tiba permainan tersebut di platform PC, terdapat pelbagai pengubah-suaian yang boleh dilakukan dan seorang peminat dengan ID nama Crazy Potato telah memuat-naik satu mod kostum watak-watak dari permainan Dino Crisis ke Resident Evil 2.

Melalui mod tersebut, Crazy Potato mengubah kostum Claire menjadi kostum Regina manakala kostum Leon pula ditukarkan kepada kostum Dylan dari Dino Crisis 2. Menariknya juga, mod tersebut juga akan menukar jaket Sherry dengan logo Dino Crisis. Mereka juga menukarkan beberapa aspek lain seperti senjata tambahan dan sebagainya.

Sememangnya ini adalah satu mod yang sangat menarik dengan harapan untuk bermain semula permainan Dino Crisis dengan visual grafik terkini. Walaupun Capcom mungkin tidak akan membawa permainan olahan semula buat siri Dino Crisis, sekurang-kurangnya dengan penyertaan mod ini, kita berupaya untuk mengenang semula saat ketika bertempur dengan dinosaur bersama Regina dan Dylan di dalam permainan Dino Crisis.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba mod tersebut di PC, anda boleh memuat-turunnya dibawah.

Muat-Turun NexusMod: Kostum Dino Crisis Buat Resident Evil 2

Sohor Kini