Skip to main content

Koleksi permainan-permainan retro sememangnya berharga buat pengumpul permainan mahupun pengumpul koleksi barangan terhad.

Terkini, melalui laman Heritage Auction, mereka melelongkan permainan retro Super Mario Bros. dengan harga melebihi RM400,000. Ini merupakan rekod jualan tertinggi untuk satu permainan yang dinilai khas secara rasmi.

Menurut laporan The Verge, sebab kenapa permainan ini dijual dengan harga begitu tinggi adalah ianya merupakan salinan permainan Super Mario Bros. yang dalam keadaan yang baik untuk salinan versi awal untuk permainan tersebut dengan kotak yang sedikit berbeza dengan kotak biasa pasaran.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan buat arena pengumpul barangan retro dimana terdapat pelbagai lagi permainan-permainan edisi terhad yang menjadi kegilaan pengumpul diluar sana. Bagi pengumpul diluar sana, adakah anda berminat untuk mendapatkan permainan Super Mario Bros. yang bernilai RM400,000 ini?

Leave a Reply