Skip to main content

2017 lepas, That Game Company melancarkan permainan Flower di peranti telefon pintar dimana ianya merupakan permainan asal di konsol Playstation.

Terkini, sekali lagi dengan kerjasama Annapurna Interactive, That Game Company membawa permainan tersebut ke platform PC melalui Steam dan Epic Games Store dimana ianya dijual dengan harga RM17.50. Namun, di Epic Games Store, permainan tersebut dijual dengan harga $6.99(~RM29).

Flower merupakan permainan yang memenangi pelbagai anugerah dengan keunikkan bentuk permainannya, dimana anda akan mengawal sebuah ‘angin’ untuk mengembara dan meneroka kawasan yang luas. Dengan menggunakan kawalan pergerakkan, pemain akan mengembara dan berinteraksi dengan kawasan untuk memperluaskan kawasan kebungaan di dalam permua ini.

Permainan Flower kini telah pun tiba di pelbagai platform di konsol Playstation, telefon pintar dan PC.

Leave a Reply