Sebelum ini, Koei Tecmo sudah pun melancarkan demo khas buat permainan perlawanan mereka akan datang iaitu Dead Or Alive 6.
Terkini, bersempena acara kejohanan EVO Japan 2019 yang berlangsung hujung minggu ini, Koei Tecmo mengumumkan bahawa mereka akan membawa satu lagi demo buat permainan tersebut iaiatu Dead Or Alive 6 Demo Deluxe khas buat pemain Playstation 4 dan Xbox One.

Menurut Koei Tecmo, demo tersebut adalah terbuka buat semua pelanggan Playstation Plus bagi konsol Playstation 4 dan pelanggan Xbox Live Gold bagi konsol Xbox One. Bermula 22 hingga 24 Februari ini, demo tersebut akan menyertakan mod latihan, cabaran permainan dan juga pengenalan untuk mod penceritaan.
Menariknya, pemain berupaya untuk menggunakan kesemua 24 watak yang terdapat di dalam permainan iin di dalam demo tersebut di samping berupaya untuk mengubah gaya rambut dan kaca mata untuk setiap satu wataknya.

Selain itu, Koei Tecmo juga mengumumkan bahawa mereka akan berkolaborasi bersama SNK dengan permainan The King Of Fighters XIV dimana mereka akan membawa Mai Shiranui sebagai watak DLC khas buat permainan tersebut menjelang Jun ini. Selain itu mereka juga mengumumkan satu lagi watak dari King Of Fighters juga akan tiba.

Selain itu, Koei Tecmo juga mengumumkan pas musim pertama buat permainan tersebut yang mana ianya boleh dibeli ketika permainan tersebut dilancarkan Mac ini. Melaluinya, mereka akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan seperti kostum perkahwinan, watak tambahan SNK seperti Mai Shiranui dan pelbagai lagi kandungan lain.

Selain itu, untuk meneruskan lagi semangat permainan perlawanan buat Dead Or Alive 6, Koei Tecmo dan Team Ninja mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara kejohanan Dead Or Alive 6 World Championship dimana ianya akan dipertandingan melalui pusingan kelayakan di pelbagai rantau seperti Amerika, Eropah dan Asia.
Pusingan akhir buat kejohanan tersebut akan diadakan di Jepun dengan hadiah terkumpul melebihi RM300,000.
Dead Or Alive 6 merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan bentuk pertempuran secara 3 dimensi seperti Tekken. Ianya dibangunkan oleh Team Ninja dan dilancarkan oleh Koei Tecmo pada 1 Mac 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC.