Informasi Permainan Video Terkini
Penstriman Dead Or Alive 6 Dipotong Oleh EVO Akibat Pengacara Melakukan Aksi Lagak Lucah

Penstriman Dead Or Alive 6 Dipotong Oleh EVO Akibat Pengacara Melakukan Aksi Lagak Lucah

Diterbitkan pada Feb 16, 2019 oleh .

EVO Japan 2019 berlangsung hujung minggu ini di Jepun, yang mana ianya adalah acara kejohanan yang memfokuskan permainan perlawanan.

Namun, dukacitanya ketika acara penstriman langsung oleh Koei Tecmo, dimana mereka mempersembahkan bentuk dan kandungan baharu seperti watak Mai Shiranui dan kejohanan utama buat permainan akan datang mereka iaitu Dead or Alive 6, penstriman tersebut dipotong oleh pihak EVO akibat pengacara melakukan aksi lagak lucah disamping mempertunjukkan adegan permainan yang berunsur lucah.

Aksi lagak lucah tersebut sebenarnya adalah hanya lagak jenaka yang dilakukan oleh pengacara-pengacara tersebut berkenaan permainan Dead Or Alive 6 yang mana ianya terkenal dengan fizik permainan yang agak nakal.

Walaupun begitu, ketika penstriman tersebut, Joey Cuellar pengarah EVO mengeluarkan kenyataan yang mana mereka memohon maaf atas penstriman tersebut dan terus memotongnya daripada ia terus ditayangkan.

Namun, tindakan beliau mendapat kritikan oleh beberapa peminat yang mana mereka menyatakan ianya adalah satu tapisan yang tidak masuk akal memandangkan EVO sebelum ini juga sering mempertayangkan beberapa adegan yang tidak sesuai untuk seisi keluarga seperti keganasan dengan permainan Mortal Kombat 11. Akibat hal tersebut, Joey Cuellar telah pun memadamkan kuciran beliau di Twitter rasminya.

Walaupun begitu, segala pengumuman oleh Koei Tecmo masih sempat diumumkan dimana jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaannya anda boleh ke pautan dibawah ini.


TIPS & ULASAN