SNK Heroines: Tag Team Frenzy Bakal Tiba Di PC Minggu Hadapan

Ketika berlangsungnya acara EVO 2019 di Jepun minggu ini, NIS America mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan perlawanan yang memfokuskan watak wanita, SNK Heroines: Tag Team Frenzy bakal tiba di PC melalui Steam minggu hadapan.


SNK Heroines: Tag Team Frenzy sebelum ini dilancarkan di Playstation 4 dan Switch yang mana ianya mempunyai pelbagai watak-watak wanita daripada siri permainan SNK dan termasuklah beberapa watak lelaki yang ditukarkan kepada wanita seperti Terry Bogard.

Bagi anda yang meminati permainan ini dan masih lagi belum memilikinya di konsol, anda berupaya untuk membelinya menjelang minggu hadapan pada 21 Februari 2019 ini.

Dari segi harga dan pautan rasmi Steam, NIS America masih belum berkongsinya. Kami akan mengemaskini setelah ianya diumumkan kelak.

Sohor Kini