Informasi Permainan Video Terkini
Pemain Berpeluang Menerima Battle Pass Fortnite Percuma, Jika Cabaran Diselesaikan

Pemain Berpeluang Menerima Battle Pass Fortnite Percuma, Jika Cabaran Diselesaikan

Diterbitkan pada Feb 15, 2019 oleh .

Walaupun Apex Legend sudah dilancarkan, permainan pertempuran royal seperti Fortnite masih tidak akan dilupakan. Fortnite mempunyai peminatnya yang tersendiri dan pasti akan ada pemain yang setia.

Kini, Epic Games dilihat ingin memikat hati para pemain Fortnite dengan menawarkan Battle Pass percuma. Tetapi dalam dunia sekarang, masih ada lagi ke permainan pertempuran yang benar-benar percuma? Untuk dapatkan Battle Pass percuma ini, pemain perlu lengkapkan beberapa cabaran dalam permainan jika ingin berpeluang menerima Battle Pass percuma.

Pemain hanya perlu selesaikan 13 Overtime Challenge yang boleh dimainkan secara percuma sebelum 27 Februari. Kemudian, semua pemain turut layak menerima 5 ganjaran percuma dan pemilik Battle Pass boleh menyahkunci rekaan Trog, Powder dan pakaian Onesie. Tambahan lagi, pemain turut akan menerima XP dua kali ganda daripada biasa pada hujung minggu – 15-17 Februari dan 22-24 Februari.

Kemudian, peta rekaan pemain yang boleh dimainkan sepanjang minggu adalah peta Kate The Cursed’s Battle Royale. Jadi, pemain-pemain Fortnite sekalian – mari jimatkan 950 V-Bucks dan dapatkan Battle Pass ini percuma


TIPS & ULASAN