Informasi Permainan Video Terkini
Vainglory Menyokong Fungsi Rentas-Platform Antara PC Dan Peranti Pintar
PC

Vainglory Menyokong Fungsi Rentas-Platform Antara PC Dan Peranti Pintar

Diterbitkan pada Feb 15, 2019 oleh .

Vainglory baru sahaja dikeluarkan secara akses awal untuk PC melalui Steam. Melalui kemaskini 4.0 untuk permainan tersebut di iOS dan Android, ia kini menyokong fungsi rentas-platform antara dua platform tersebut.

Permainan MOBA ini pertama kali dikeluarkan untuk iOS pada tahun 2014 sebelum tiba untuk Android setahun kemudian. Manakala untuk PC ia dikeluarkan secara alfa pada tahun lepas, sebelum memasuki akses awal baru-baru ini.

Menurut Super Evil Megacorp, mereka sudah menguji fungsi rentas-platform ini beberapa bulan lepas, bahkan terdapat pertandingan diantara pemain di PC dan di peranti pintar.

Vainglory adalah permainan percuma untuk dimainkan dan kini boleh didapati di iOS, Android dan PC.


TIPS & ULASAN