Informasi Permainan Video Terkini
Stardew Valley Untuk Android Kini Boleh Di Pra-Daftar

Stardew Valley Untuk Android Kini Boleh Di Pra-Daftar

Diterbitkan pada Feb 15, 2019 oleh .

Stardew Valley versi permainan mudah alih sudah dikeluarkan untuk iOS pada Oktober tahun lepas, walaupun diumumkan bersama, untuk Android tidak menerima sebarang tarikh pengeluaran.

Minggu ini, tampaknya permainan tersebut kini boleh di pra-daftar melalui Play Store yang mungkin menandakan permainan tersebut akan dikeluarkan tidak lama lagi. Untuk iOS permainan tersebut boleh di pra-daftar bermula 10 Oktober dan ia dikeluarkan pada 24 Oktober.

Stardew Valley menerima penerimaan yang baik di iOS dengan mendapat kutipan sebanyak RM4 juta selepas 3 minggu dikeluarkan di platform tersebut. Adakah pengguna Android juga teruja dengan permainan ini?

Pra-Daftar: Stardew Valley (Play Store)


TIPS & ULASAN