Informasi Permainan Video Terkini
Penerbit Bayonetta Yusuke Hashimoto Meninggalkan Platinum Games

Penerbit Bayonetta Yusuke Hashimoto Meninggalkan Platinum Games

Diterbitkan pada Feb 15, 2019 oleh .

Yusuke Hashimoto yang merupakan Pengarah dan juga Penerbit untuk siri Bayonetta mengumumkan yang beliau meninggalkan Platinum Games dan 31 Januari lepas merupakan hari terakhir beliau selepas 13 tahun bersama syarikat pembangun tersebut.

Beliau mengumumkan perkara tersebut di Twitter peribadi beliau. Beliau tidak menyatakan sebab meninggalkan Platinum Games akan tetapi memberi petanda yang beliau akan terus terlibat di dalam industri permainan video.

Ini sudah semestinya satu berita yang sedih akan tetapi kami mengucapkan maju jaya untuk beliau.


TIPS & ULASAN