Jade Diumumkan Akan Kembali Ke Mortal Kombat 11

Jade merupakan watak yang tidak asing bagi pengikut Mortal Kombat, beliau pertama kali menampilkan diri sebagai watak rahsia semasa Mortal Kombat II dan membuat penampilan penuh semasa Ultimate Mortal Kombat 3.

Selepas tidak disertakan di dalam Mortal Kombat 10, beliau akhirnya kembali ke Mortal Kombat 11. Pengumuman tersebut dilakukan oleh NetherRealm Studios ketika Kombat Kast.

Jade yang dibunuh semasa Mortal Kombat (2011) hadir ke dalam Mortal Kombat 11 sebagai seorang yang dihidupkan semula dan menjadi pengikut Netherrealm. Video pengumuman beliau turut disertakan.

Mortal Kombat 11 merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh NetherRealm Studio. Melalui permainan terkini ini, mereka akan menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti pengubah-suai watak, penceritaan baharu dan pelbagai bentuk ganjaran permainan. Ia bakal tiba di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 23 April 2019.

Sohor Kini