Hollow Knight merupakan permainan pengembaraan yang dibangunkan oleh Team Cherry, ia dikeluarkan pada tahun 2017. Hari ini, mereka mengumumkan sekuel untuk permainan tersebut iaitu Hollow Knight: Silkson akan dikeluarkan, namun, mereka tidak berkongsi tarikh pengeluaran.
Menurut mereka lagi, Silksong pada awalnya dibangunkan untuk menjadi DLC kepada Hollow Knight, akan tetapi semasa pembangunan ia menjadi terlalu besar untuk dijadikan sekadar DLC kerana mereka mencipta satu dunia yang baharu.
Semasa pelancaran permainan ini kelak, ia akan dikeluarkan untuk PC dan Nintendo Switch. Manakala platform lain akan dikeluarkan kemudian. Buat masa ini, fokus mereka adalah untuk dua platform tersebut sahaja.
Hollow Knight merupakan satu permainan pengembaraan yang baik, walaupun saya sendiri tidak menghabiskannya lagi, tetapi teruja untuk mencuba sekuel bagi permainan ini.