PUBG Lite Kini Boleh Dicuba Di Malaysia – Akaun Baru Diperlukan

PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUND, atau PUBG adalah permainan pertempuran royal yang terkenal sehingga versi permua turut dibangunkan. Terkini, PUBG Lite yang sebelum ini hadir untuk pengguna Thailand sudah boleh dicuba oleh pengguna Malaysia.

Apa PUBG Lite ini? Secara asasnya ia adalah PUBG untuk dijalankan pada komputer dengan spesifikasi lebih rendah berbanding PUBG biasa. Ia juga boleh dikatakan adalah PUBG Mobile versi PC dengan grafik yang lebih baik. Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan;

Spesifikasi Minimum

  • CPU: Core i3 2.4GHz
  • RAM: 4GB
  • GPU: Intel HD Graphics 4000
  • Storan: 4GB

Spesifikasi yang Dicadangkan

  • CPU: Core i5 2.8GHz
  • RAM: 8GB
  • GPU: NVIDIA Geforce GTX 660 / AMD Radeon HD 7870
  • Storan: 4GB

PUBG Lite adalah percuma dan tidak seperti biasa yang dijual pada harga agak mahal. Sayang sekali, pengguna tidak boleh selarikan data PUBG sedia ada dengan PUBG Lite – kerana akaun baru diperlukan. Bagi yang berminat, anda boleh muat turun melalui pautan di bawah.

Muat Turun PUBG Lite Di PC


Sohor Kini