Skip to main content

Star Trek terkenal sebagai filem dalam kategori sains fiksyen. Ia mempunyai peminat tersendiri sebagaimana Star Wars yang mempunyai peminat mereka. Star Trek juga turut mempunyai siri TV tersendiri iaitu, Star Trek Discovery yang disiarkan di Netflix.

Kini, Star Trek dilihat akan hadir dengan animasi untuk tontonan kanak-kanak. Ini mungkin adalah strategi mereka, seperti Star Wars yang turut hadir dengan animasi untuk kanak-kanak sebelum ini. Apa yang menarik dengan animasi kanak-kanak Star Trek ini adalah, ia akan dibawakan oleh Nickelodeon.

Nickelodeon sekarang masih lagi dalam perjanjian bersama-sama dengan penulis The Lego Movie, The Lego Ninjago Movie, dan siri Trollhunters and Ninjago: Masters of Spinjitzu, Kevin dan Dan Hageman. Selain daripada itu, Nickelodeon turut bekerjasama dengan Alex Kurtzman dan pihak prouksi Studio Hideouts.

Animasi ini turut akan disiarkan bersama-sama dengan Star Trek: Discovery, siri mengisahkan Picard lakonan Patrick Stewart, siri animasi untuk tontonan dewasa Lower Decks dari pencipta Rick & Morty’s dan juga Section 31 yang akan sertakan Michelle Yeoh. Kesemua siri ini akan hadir di CBS All Acces terlebih dahulu dan tiada lagi berita jika siri-siri lain ini akan hadir dalam Netflix seperti Start Trek: Discovery.

Leave a Reply