Kejohanan Predator League 2019 akan berlangsung hujung minggu ini di Bangkok, Thailand dimana ia meletakkan pusingan akhir untuk dua permainan yang dipertandingan iaitu Dota 2 dan PUBG. Terdapat 26 pasukan dari seluruh negara Asia Tenggara akan bertempur dengan hadiah terkumpul melebihi RM1,600,000.

3 daripada pasukan tersebut adalah pasukan dari Malaysia iaitu Geek Fam dan Lotac untuk permainan Dota 2 manakala pasukan Asbol pula untuk permainan PUBG.

Kejohanan Predator League 2019 merupakan kejohanan kedua e-sukan oleh Acer yang mana tahun lepas kejohanan tersebut hanya mempertandingkan permainan Dota 2 dan dimenangi oleh pasukan dari Malaysia Geek Fam.

Dengan kejayaan mereka tahun lepas, pasukan Geek Fam kini kembali untuk bertanding bersama 9 lagi pasukan lain yang mana pusingan pertama bakal berlangsung esok sehingga sepanjang hujung minggu ini untuk menentukan juara Dota 2 bersama-sama kejohanan permainan PUBG dimana 16 pasukan akan bertempur untuk memenangi ‘makan malam ayam’.

Teruskan bersama kami di Aksiz di mana kami akan melaporkan keseluruhan acara kejohanan ini termasuklah acara pembukaan yang bakal berlangsung esok dimana ianya akan memaparkan pelbagai persembahan menarik dan aktiviti buat pengujung.

Bagi anda yang ingin menonton acara langsung buat kejohanan tersebut dan juga mengetahui lebih informasi lanjut berkenaannya, anda boleh melayari laman rasmi Predator League.

Sohor Kini