Melalui Nintendo Direct untuk pasaran Jepun, Nintendo mengumumkan
Doraemon: Nobita no Bokujou Monogatari ataupun Doraemon: Nobita’s Story of the Season. Ia merupakan permainan Story of the Season yang dibangunkan oleh Marvelous berdasarkan siri Doraemon.

Di dalam permainan ini pemain akan menjadi Nobita yang perlu berkebun di Shizen Town. Selain Nobita, terdapat juga watak-watak lain yang akan membantu beliau iaitu Doraemon, Shizuka, Giant dan Suneo.

Diperlihatkan juga pelbagai aktiviti yang merupakan sesuatu yang biasa untuk Story of the Season. Doraemon juga diperlihatkan mengeluarkan pelbagai barangan khas, namun tidak pasti apa tugasan Doraemon di dalam permainan ini.

Permainan ini diumumkan untuk pasaran Jepun dan akan tiba pada tahun ini di Switch. Buat masa ini tiada pengesahan jika ia akan dikeluarkan secara global. Berdasarkan permainan asal Story of the Season, kami menjangkakan ia akan mendapat pengeluaran global.

Sohor Kini