Bukan perkara asing bagi Nintendo untuk membawa permainan lama ke konsol baharu mereka Switch. Namun, kali ini ia lebih istimewa apabila mereka mengumumkan The Legend of Zelda: Link’s Awakening akan diolah semula untuk dikeluarkan secara eksklusif di Switch pada tahun ini.
Pengumuman tersebut di buat semasa Nintendo Direct hari ini. The Legend of Zelda: Links’s Awakening pertama kali dikeluarkan untuk Game Boy pada tahun 1993 dan untuk Game Boy Color pada tahun 1998.
Melalui video acah yang dikongsi kan, ia memperlihatkan rekaan grafik yang lebih bersesuaian untuk zaman terkini dan sudah semestinya berbaloi untuk dimainkan balik. Buat masa ini tiada tarikh tetap yang diumumkan.