Skip to main content

Semasa Nintendo Direct hari ini, Platinum Games mengumumkan permainan baharu mereka iaitu Astral Chain akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Switch pada 30 Ogos 2019.

Menurut Platinum Games, Astral Chain adalah permainan aksi synergetic yang direka oleh Takahisa Taura iaitu pereka untuk NieR:Automata. Menariknya beliau sendiri yang akan menjadi pengarah untuk permainan ini yang merupakan pertama kali beliau mendapat tugasan tersebut.

Rekaan watak pula dilakukan oleh Masakazu Katsura yang sebelum ini menghasilkan ZETMAN dan Video Girl Ai. Selain itu, Nintendo juga mengumumkan Bayonetta 3 masih sedang dibangunkan dan maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian.

Leave a Reply