Melalui Nintendo Direct yang dipertontonkan hari ini, Nintendo mengumumkan Fire Emblem Three Houses yang diumumkan akan dikeluarkan pada suku kedua tahun ini, tertunda ke 26 Julai 2019.
Selain itu, mereka juga memperlihatkan bagaimana pemain boleh memilih untuk menjadi profesor untuk salah satu akademi diraja yang terdapat di dalam permainan ini iaitu the Black Eagles, Blue Lions ataupun Golden Deer.
Setiap akademi akan mempunyai pelajar yang mempunyai perwatakan pelbagai. Sebagai profesor, pemain perlu mengetuai setiap pelajar tersebut di dalam pertempuran.

Selain itu, Nintendo juga mengumumkan Fire Emblem: Three Houses – Season of Warfare Edition yang akan menyertakan buku seni, CD untuk muzik latar, bekas besi dan kalendar. Maklumat lanjut seperti harga akan kami kemaskini kemudian.