Skip to main content

Di acara Nintendo Direct hari ini, Nintendo mengumumkan yang Rune Factory 5 sedang dibangunkan, maklumat lanjut akan dikongsi kan kemudian.

Selain itu, mereka juga mengumumkan Rune Factory 4 Special iaitu permainan yang diolah semula berdasarkan Rune Factory 4 yang dikeluarkan untuk 3DS pada tahun 2012 akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Switch pada tahun ini.

Menariknya, melalui versi ini, ia juga menyertakan sistem perkahwinan yang dikatakan akan membawa satu pengalaman yang baharu untuk permainan ini.

Rune Factory 4 adalah permainan yang dibangunkan oleh Neverland Co. dan diterbitkan oleh Marvelous dan Xseed ia adalah permainan RPG yang menyertakan bentuk permainan seperti Haverst Moon.

Leave a Reply