Skip to main content

Nintendo Direct yang diumumkan sebelum ini, baru sahaja selesai dipertontonkan. Di antara pengumuman yang dilakukan oleh Nintendo adalah Super Mario Maker 2 akan tiba secara eksklusif untuk Switch dan ia bakal tiba bulan Jun ini.

Ia merupakan permainan seterusnya untuk siri ini, Super Mario Maker pertama kali dikeluarkan untuk Wii U pada tahun 2015 sebelum turut di bawa ke 3DS setahun kemudian.

Melalui permainan ini, pemain boleh mereka sendiri peringkat untuk dilalui oleh Mario ataupun watak-watak lain. Pemain juga boleh mencuba peringkat yang direka oleh pemain lain, selain turut boleh berkongsi rekaan sendiri.

Menurut pengumuman tersebut, Super Mario Maker 2 ini akan memberikan pemain lebih banyak barangan untuk digunakan dalam rekaan peringkat.

Leave a Reply