Informasi Permainan Video Terkini
Dangerous Driving – Permainan Perlumbaan Oleh Bekas Pereka Burnout Bakal Tiba April Ini
PC

Dangerous Driving – Permainan Perlumbaan Oleh Bekas Pereka Burnout Bakal Tiba April Ini

Diterbitkan pada Feb 14, 2019 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan yang mana bekas pereka permainan perlumbaan Burnout, iaitu Fiona Sperry dan Alex Ward akan melancarkan permainan perlumbaan baharu di bawah studio pembangun Three Fields Entertainment.

Terkini, permainan tersebut iaitu Dangerous Driving akhirnya mendapat tarikh pelancaran rasmi dimana ianya bakal tiba 9 April 2019 ini.

Dangerous Driving merupakan permainan perlumbaan arked yang mana ianya memfokuskan bentuk pertempuran. Seperti Burnout, pemain berupaya untuk memandu dengan laju bersama gandaan kelajuan dan juga bertempur dengan berlanggar dengan kereta lain.

Menurut pembangun, permainan ini mempunyai 8 mod permainan yang berbeza dengan 30 litar berbeza di 8 lokasi. Selain itu, pemain juga mempunyai kemajuan tambahan dengan pelbagai jenis kenderaan yang pemain boleh dapatkan.

Dangerous Driving bakal tiba April ini di Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.


TIPS & ULASAN