Informasi Permainan Video Terkini
Tales Of Vesperia: Definitive Edition Mencapai Jumlah Edaran 500,000 Salinan

Tales Of Vesperia: Definitive Edition Mencapai Jumlah Edaran 500,000 Salinan

Diterbitkan pada Feb 14, 2019 oleh .

Melalui laporan Gematsu, Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana permainan Tales Of Vesperia: Definitive Edition kini mencapai edaran sebanyak 500,000 salinan.

Bersempena dengan pencapaian tersebut, Bandai Namco hari ini berkongsi satu latar belakang khas buat telefon pintar dimana anda boleh memuat-turun secara percuma melalui laman rasmi permainan tersebut.

Tales Of Vesperia: Definitive Edition merupakan permainan pernambah-baikkan buat Tales Of Vesperia yang dilancarkan 2008 lepas. Permainan tersebut dilancarkan semula di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC yang mana kami juga telah pun membuat ulasannya dan anda boleh membacanya di bawah.


TIPS & ULASAN