Informasi Permainan Video Terkini
Frozen 2 Bakal Tiba November Ini – Video Acah Pertama Dipertontonkan

Frozen 2 Bakal Tiba November Ini – Video Acah Pertama Dipertontonkan

Diterbitkan pada Feb 13, 2019 oleh .

Frozen iaitu animasi filem oleh Disney yang ditayangkan pada 2013 lepas kini akhirnya bakal menerima sekuel seterusnya dimana Disney hari ini mengumumkan bahawa filem Frozen 2 akan ditayangkan November ini.

Bersempena dengan pengumuman itu, Disney juga memperlihatkan video acah pertama buat filem tersebut yang memperlihatkan watak Elsa, Anna dan juga Kristoff.

Berdasarkan video acah yang dipertontonkan, ianya kelihatan ketiga-tiga watak tersebut bakal menempuhi perubahan cuaca dan menariknya ianya kelihatan memfokuskan bentuk filem aksi dengan arah seni yang sangat berbeza dengan filem pertama sebelum ini. Namun buat masa ini tidak banyak informasi yang dikongsikan dan kami pasti akan membuat ulasan lebih lanjut setelah Disney mengumumkannya kelak.

Frozen 2 akan ditayangkan pada 22 November 2019 ini yang mana filem ini dibintangi oleh Idina Menzel, Kristen Bell, Jonathan Groff dan juga Josh Grad.


TIPS & ULASAN