Days Gone iaitu permainan dunia terbuka zombi oleh Bend Studio bakal tiba April. Bersempena dengan itu, Sony mempertontonkan pelbagai video acah sempena pelancarannya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Terkini, Sony memperlihat satu video acah yang mana ianya memfokuskan perkahwinan antara watak Sarah dan Deacon iaitu watak pemain buat Days Gone.

Melalui video acah tersebut, Bend Studio memperlihatkan sedikit sebanyak sejarah watak Deacon St. John dimana beliau mengahwini Sarah Whitaker iaitu seorang ahli botani. Video tersebut juga memperlihatkan Deacon seakan diburu oleh ahli motosikal yang lain bersama-sama dengan zombi-zombi.

Sebelum ini, Sony Interactive Entertainment juga berkongsi yang mana pra-tempahan permainan ini telah pun bermula dengan harga serendah RM239. Edisi terhad bersama figura khas juga diumumkan dan informasi lanjut berkenaannya anda boleh melayari pautan ini.

Days Gone, iaitu permainan dunia terbuka zombi oleh Bend Studio bakal tiba 26 April 2019 ini secara eksklusif di Playstation 4.

Sohor Kini