Bersempena dengan pelancaran DLC penambahan baharu untuk Civilization VI iaitu Gathering Storm pada 15 Februari lepas, permainan tersebut kini ditawarkan dengan harga potongan sebanyak 70% iaitu hanya RM53.70. Tawaran ini adalah sehingga 19 Februari 2019.

Selain itu, permainan ini juga boleh dimainkan secara percuma sehingga 12 pagi 15 Februari 2019. Tawaran ini adalah untuk sementara sahaja, setelah ia berakhir, anda tidak lagi boleh bermain permainan tersebut melainkan anda membelinya.

Civilization VI sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Switch.

Sohor Kini