Square Enix hari ini akhirnya melancarkan DLC keempat buat Shadow Of The Tomb Raider iaitu The Price of Survival. DLC ini merupakan sebahagian daripada 7 DLC yang diumumkan sebelum ini dan ianya adalah sebahagian daripada pas musim permainan tersebut. Ia juga dijual secara berasingan.

Melalui DLC ini akan tersedia satu misi baharu iaitu Lara perlu memecahkan kod rahsia Amaru iaitu ketua Trinity yang akan memerlukan Lara untuk melalui makam baharu iaitu The Sixth Seal. Selain itu, Lara juga terpaksa bertempur dengan tentera Paititian.

Dengan menyelesaikan misi tersebut, Lara akan mendapat kelebihan baharu iaitu The Raptor’s Eye yang membolehkan Lara untuk menanda penjahat dan dapat mengetahui kedudukan mereka walaupun di sebalik dinding.

Selain itu, pemain juga akan mendapat senjata baharu iaitu Silent Sting, kostum baharu – Hunter’s Array yang akan lebih memudahkan pemain untuk menyelinap.

Shadow Of The Tomb Raider merupakan permainan ketiga buat siri trilogi Tomb Raider yang diolah semula oleh Square-Enix. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Bacaan Lanjut: Ulasan Shadow of the Tomb Raider – Bentuk Permainan Yang Menarik Terganggu Dengan Prestasi Permainan

Sohor Kini