Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Filem Biografi Penulis Lord Of The Rings Dipertontonkan

Video Acah Filem Biografi Penulis Lord Of The Rings Dipertontonkan

Diterbitkan pada Feb 13, 2019 oleh .

Lord Of The Rings (LOTR) adalah filem fantasi yang diadaptasi dari novel yang ditulis oleh J. R. R. Tolkien. Terdapat tiga filem LOTR di mana filem ini kemudian diteruskan dengan prekuel The Hobbit.

Filem LOTR tadi dikatakan adalah berasaskan pengalaman Tolkien dalam perang dunia pertama yang diubah mengikut fantasi beliau tersendiri. Kini, terdapat satu filem biografi buat Tolkien yang berjudul – TOLKIEN. Melalui video acah yang sudah pun diterbitkan, ia dilihat mempunyai inspirasi daripada filem LOTR. Filem ini akan mengisahkan hidup Tolkien dari segi persahabatan belaiu, kisah cinta dan terus ke kisah perang dunia.

Dalam filem TOLKIEN, Nicholas Hoult (pelakon Beast dalam X-Men First Class) akan melakonkan watak J.R.R Tolkien. Isteri Tolkien, Edith pula akan dilakonkan oleh Lily Collins yang terkenal dengan beberapa siri dan filem di Netflix seperti Les Misérables atau Okja.

Filem ini akan ditayangkan pada Mei 10 2019. Jika anda peminat filem LOTR dan The Hobbit dan ingin tahu kisah hidup pencipta dua filem ini, nantikan filem TOLKIEN di pawagam.


TIPS & ULASAN