Warhorse Studio merupakan studio pembangun permainan yang ditubuhkan pada tahun 2011. Buat masa ini mereka hanya mengeluarkan satu permainan iaitu Kindom Come: Deliverance yang dikeluarkan pada awal tahun lepas.
Hari ini, THQ Nordic melalui Koch Media mengumumkan pengambilalihan studio tersebut dengan pembayaran sebanyak $48.51 juta(~RM197.27 juta). Hak IP untuk permainan Kingdom Come turut disertakan di dalam pengambilalihan tersebut.
Menurut THQ Nordic, Warhorse Studio akan terus beroperasi sebagai studio berasingan di mana pihak pengurusan sekarang akan terus dikekalkan.
Tampaknya selain membeli pelbagai IP permainan, mereka juga giat membeli studio pembangun, THQ Nordic sudah semestinya makin menjadi syarikat penerbit mercu.
[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Kingdom Come: Deliverance – Permainan Baik Yang Memerlukan Banyak Penambah-baikkan[/info]