Informasi Permainan Video Terkini
Anda Boleh Beli Tiket Captain Marvel Bermula Esok – Adiwira Marvel Paling Hebat?

Anda Boleh Beli Tiket Captain Marvel Bermula Esok – Adiwira Marvel Paling Hebat?

Diterbitkan pada Feb 13, 2019 oleh .

Filem Marvel dalam fasa ketiga tinggal dua sahaja lagi, iaitu Captain Marvel dan Avengers: End Game. Captain Marvel dijadualkan untuk ditayangkan pada 7 Mac 2019 di Malaysia. Manakala, Avengers: End Game pula adalah pada penghujung bulan April.

Tetapi, disebabkan semangat dan kehangatan filem Marvel ini semakin membara-bara, GSC telah membuat satu pengumuman yang agak mengejutkan dan membuat peminat Marvel teruja. Filem Captain Marvel akan ditayangkan awal sehari di GSC iaitu pada 6 Mac 2019 dan tiket sudah boleh dibeli bermula esok, 14 Februari 2019.

Selain daripada GSC, MBO juga turut akan adakan penjualan tiket awal buat filem Marvel ini. Sama juga tarikhnya, dan tayangannya juga akan awal sehari. Membezakan MBO dengan GSC adalah, MBO turut akan tawarkan cenderamata khas yang bertemakan Captain Marvel.

Jika anda peminat Marvel dan memang nantikan filem adiwira wanita pertama Marvel ini, jangan tunggu lagi beli tiket esok dan saksikan filem ini awal sehari.


TIPS & ULASAN