Pokemon Let’s Go Pikachu dan Eevee sudah dikeluarkan pada 16 November dan ia menjadi permainan dengan jualan terpantas di Switch sebelum hadirnya Super Smash Bros. Ultimate beberapa bulan kemudian.
Bagi anda yang masih tidak membeli permainan tersebut tetapi ingin mencuba, ini adalah peluang anda. Demo percuma buat permainan tersebut kini boleh dimuat turun melalui eShop.
Melalui demo tersebut, anda akan mendapat Pokemon permulaan (Pikachu ataupun Eevee) secara rawak dan fail simpanan untuk demo juga tidak boleh di bawa ke permainan penuh jika anda membelinya selepas itu.
[info]Nintendo Shop: Pokemon: Let’s Go[/info]