Informasi Permainan Video Terkini
Newzoo Melaporkan Jumlah Pendapatan E-Sukan Untuk 2018 Mencecah RM3.5 Bilion – Menjangka RM4.4 Bilion Untuk 2019

Newzoo Melaporkan Jumlah Pendapatan E-Sukan Untuk 2018 Mencecah RM3.5 Bilion – Menjangka RM4.4 Bilion Untuk 2019

Diterbitkan pada Feb 13, 2019 oleh .

Newzoo (dilaporkan oleh ESPN) mengeluarkan satu laporan mengenai pencapaian e-sukan pada tahun 2018. Mereka melaporkan yang industri e-sukan menjana pendapatan sebanyak $865.1 juta(~RM3.5 bilion).

Pada laporan yang sama, mereka juga menjangkakan untuk tahun 2019 industri tersebut akan menjana pendapatan sebanyak $1.1 bilion (~RM4.4 bilion) pada tahun 2019 dengan kadar peningkatan tahunan sebanyak 22.3%, yang meletakkan jumlah pendapatan pada tahun 2020 sebanyak $1.79 bilion (~RM7.28 bilion). Majoriti pendapatan tersebut adalah daripada penajaan yang laporan tersebut meletakkan pada 42%.

Selain itu, pada tahun 2018, Newzoo menyatakan terdapat 394.6 juta penonton yang menghadiri sekurang-kurangnya satu acara e-sukan. Dengan mengatakan jumlah tersebut akan meningkat ke 453.8 juta pada tahun 2019 dan 201 juta penonton akan menghadiri acara e-sukan sekali setiap bulan.

Berdasarkan laporan ini, perkembangan e-sukan sudah semestinya bergantung kepada penajaan. Untuk mendapat penajaan, sesuatu acara tersebut memerlukan sambutan yang baik. Dengan kata lain, setiap e-sukan perlu mempunyai asas yang kukuh terutama pengikut.


TIPS & ULASAN