Chapter 2: Lightning Strikes untuk Battlefield V sudah bermula sejak 17 Januari lepas dan akan berlangsung sehingga 20 Mac ini sebelum Chapter 3: Trial by Fire tiba.
Kemaskini baharu untuk Chapter 2 ini selain menyertakan pelbagai acara serta cabaran baharu, Grand Operation baharu – Battle of Hanut, ia juga menyertakan mod baharu iaitu Combined Arms yang merupakan mod tetap untuk permainan ini.
Combined Arms merupakan mod koperasi yang menyertakan 8 misi PvE yang mempunyai 4 objektif berlainan dan berlaku di 4 peta berbeza. Anda boleh bermain secara solo ataupun bersama dengan 3 rakan anda.
Battlefield V merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan era perang dunia kedua. Ianya dilancarkan oleh EA dan dibangunkan oleh DICE untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.
[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Battlefield V – Satu Lagi Permainan Peperangan Yang Tidak Lengkap Oleh EA[/info]