Skip to main content

Permainan terbaru buat siri The Division oleh Ubisoft iaitu The Division 2 menganjurkan beta terutup pada 7 Februari yang berakhir pada 10 Februari lepas. Hari ini, Ubisoft mengumumkan yang sesi beta terbuka pula akan bermula pada 1 Mac dan akan berakhir pada 4 Mac 2019.

Beta terbuka ini adalah untuk kesemua platform permainan tersebut dikeluarkan iaitu Playstation 4, Xbox One dan PC. Melalui sesi beta ini pemain akan dapat mencuba beberapa misi utama bersama dengan misi sampingan.

Jika anda ingin mencuba permainan ini sebelum membuat keputsan untuk membeli ataupun tidak, pastikan anda tidak terlepas sesi beta terbuka ini. Tom Clancy’s The Division 2 akan dikeluarkan pada 15 Mac 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply