Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Direct Bakal Berlangsung Minggu Ini – Akan Memfokuskan Permainan Switch Baharu Dan Fire Emblem Three House

Nintendo Direct Bakal Berlangsung Minggu Ini – Akan Memfokuskan Permainan Switch Baharu Dan Fire Emblem Three House

Diterbitkan pada Feb 13, 2019 oleh .

Nintendo hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan Nintendo Direct khas minggu ini. Menurut kenyataan mereka di Twitter rasmi Nintendo, acara tersebut akan memfokuskan permainan Switch baharu akan datang bersama-sama permainan Fire Emblem Three House.

Acara tersebut akan berlangsung pada 14 Februari 2019 ini pada jam 6 pagi (waktu Malaysia) melalui saluran Youtube rasmi Nintendo. Menurut Nintendo juga, acara tersebut akan berdurasikan 35 minit sahaja.

Sememangnya ini satu berita yang sangat menarik memandangkan kali terakhir kita dengar berkenaan Fire Emblem Three Houses adalah ketika cara E3 tahun lepas. Dari segi permainan-permainan Switch akan datang, kami pasti Nintendo akan berkongsi pelbagai permainan yang bakal dilancarkan tahun ini seperti Animal Crossing dan Yoshi Crafted World.

Sudah pasti kami di Aksiz akan mengemaskini kesemua pengumuman Nintendo kelak. Sama-sama kita nantikan Nintendo Direct yang bakal berlangsung Khamis ini.


TIPS & ULASAN