World War Z iaitu permainan zombi berpasukan hari ini akhirnya mendapat tarikh pelancaran. Menurut Focus Home Interactive, permainan ini akan dilancarkan pada 17 April 2019 ini di Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.
Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, permainan ini memfokuskan bentuk permainan pertahanan hidup berpasukan dimana pemain bukan sahaja akan bertempur dengan zombi, malah pemain-pemain lain. Menurut Saber Interactive iaitu pembangunnya, World War Z bakal mempunyai 5 bentuk mod multi-pemain berbeza.

Tambahan itu buat mereka yang membuat pra-tempahan, Focus Home Interactive akan menyertakan senjata khas dengan rekaan berwarna emas buat pemain.
Bagi anda yang berminat, anda kini boleh pra-tempah permainan ini melalui Epic Games Store dengan harga $31.99(~RM130). Namun bagi pra-tempahan melalui PSN Store, ianya akan bermula pada 21 Februari ini. Menariknya, berdasarkan senarai rasmi di dalam laman rasmi permainan ini, tampaknya World War Z akan dilancarkan di pasaran Malaysia.
[info] Pra-Tempah: World War Z [/info]