Fungsi rentas-platform menjadi satu isu yang sering dipercakapkan pada tahun lepas terutama apabila Fortnite dikeluarkan untuk Switch. Pemain Xbox One dan Switch tidak mempunyai sebarang masalah untuk bermain bersama, namun ia berbeza apabila melibatkan pemain di Playstation 4.

Pada awalnya, Sony berkeras untuk tidak membuka fungsi rentas-platform sepenuhnya kerana menganggap pemain di Playstation 4 sahaja sudah mencukupi. Sehinggalah September tahun lepas, apabila Sony membuat kejutan dengan membuka fungsi tersebut akan tetapi secara beta untuk Fortnite sahaja.

Selepas hampir 5 bulan fungsi tersebut dibuka untuk Fortnite, Sony setakat ini hanya menambah Rocket League untuk kelab eksklusif tersebut iaitu pada awal tahun ini. Minggu ini, melalui kuciran di akaun Twitter presiden untuk studio pembangun Hi-Rez Studio Stewart Chisam meminta Sony untuk tidak lagi ‘memilih kasih’ dan membuka fungsi tersebut kepada kesemua permainan.

Hi-Rez Studio sendiri mempunyai beberapa permainan yang akan mendapat pelbagai kelebihan melalui funsi rentas-platform ini iaitu Smite, Paladins dan Realm Royale. Tambah beliau, dengan membuka fungsi rentas platform ia membantu untuk mengurangkan masa menunggu 30%, perbezaan tahap di antara pemain turun 40% dan mengurangkan pertempuran bermasalah sebanyak 80%.

Seperti yang diperkatakan oleh Stewart Chisam, fungsi rentas-platform sudah semestinya mempunyai banyak kelebihan. Walaupun Sony tampak kini terbuka kepada idea ini, namun perkembangan yang dilakukan oleh mereka terlalu perlahan dan sepatutnya telah membuka fungsi tersebut untuk semua.

Bacaan Lanjut: Sony Harus Menyerah Kalah Dan Membuka Sepenuhnya Fungsi Rentas-Platform

Sohor Kini